Lawatan Sambil Belajar Tadika Kemas Ke PI Jeram
2 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 1 November 2017 Tadika KEMAS Kg Jeram telah mengadakan lawatan sambil belajar untuk mengenali dunia ICT dan kemudahan yang di sediakan di PIM Jeram. Memperkenalkan Pusat Internet dan kelebihan serta program yang bakal diadakan. Secara tidak langsung lawaan ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) dan mempromosikan lagi PI Jeram kepada penduduk setempat.
Pelbagai aktiviti menarik di selitkan untuk menarik minat para pelajar. Antara aktiviti yang dilakukan adalah KDB, Quiz, Puzzle dan banyak lagi. Seramai 20 orang pelajar dan 3 orang guru terlibat dalam program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: